TEMPAT MENARIK DI PENANG YANG PATUT KORANG PERGI

HOLA HOLA...

Heyy! Penang is one of the most popular tourist attractions. Tapi apa yg ada dekat Penang? Yana dulu study dekat UITM Bukit Mertajam. Ramai yg study sana tapi tak tahu mana nak pergi. Sama lah dengan yana. Awal-awal masuk sana tak byk sangat berjalan pun, setakat pergi pulau, jumpa kakyane sbb dia study dekat USM tu je. Dah nak hujung2 sem baru lah dapat kesedaran nak berjalan puas puas. Actually kalau korang nak tahu dekat penang ni ada banyak tempat best and lagi best kalau nak food hunting. Sbb tu siapa yg study sana untung. Dah laa makan murah, sedap pulak tu. Kena pulak sekarang ni ada lagi banyak tempat baru bukak yg best2. So jangan lepaskan peluang explore sampai habis tau!

1. PENANG STREET ART

Sekitar Georgetown ada byk hasil karya seni dari pelukis terkenal iaitu Ernest Zacharevic dan Julia Volchkova gadis dari Russia. Semua hasil seni dia unik sbb ia menceritakan kisah hidup harian penghuni pulau ni. Antara kawasan yg korang boleh jumpa mural2 unik ni dekat Cannon Street, Ah Quee Street, Leith Street, Penang Road, Chew Jetty, Muntri Street and Armenian Street. Utk nak memudahkan pergerakan, dekat situ boleh sewa basikal RM10 je utk pusing2 sekeliling bandar Georgetown yg penuh dgn pelbagai  jenis bangunan warisan yg kaya dgn element Melayu, Cina, India dan Eropah ni. Cantik




2. BATU FERRINGHI

Port paling best utk lepak tepi pantai sambil menikmati angin sepoi sepoi and tengok sunset. Dulu kalau overnight dgn kawan2 yana selalu lepak dekat sini. Suasana time malam lagi seronok best je santai ramai yg lepak sini.

Selain tu kat sini korang boleh mandi manda, buat sport activities seperti jet-ski, parasailing, banana boat, etc or naik kuda. Berdekatan dgn pantai ni byk hotel2 and resort yg best mcm Hard Rock Hotel, Park Royal Hotel, Golden Sand Resort, etc. Byk tourist byk yg menginap area2 sini sbb location dia strategic. Betul2 terletak di tgh2 antara Tanjung Bungah and Teluk Bahang, and nak pergi Georgetown pun ambil masa 25 mins sahaja.

Time malam pulak, ada Night Market yg jual macam2 barang souvenir seperti keychain, kraftangan, pakaian, makanan, etc di sini. Sekitar night market tu pun byk restaurant and cafe yg menarik.




3. BUKIT BENDERA / PENANG HILL

Bukit Bendera adalah stesyen bukit British yg tertua di Asia tenggara dan dijadikan main attraction utk tourist di Penang. Dari sini, korang dapat lihat pemandangan seluruh bandar Penang dan laut Andaman dgn suasana yg sangat nyaman dan dingin.

Nak naik ke atas korang boleh naik train sambil menikmati pemandangan dan keindahan hutan tropika or yg suka lasak boleh juggle tracking ikut laluan Botanical Garden.

Dekat atas, banyak spot best and activity menarik yg boleh dilakukan. Once turun je dari train, korang akan jumpa Sky Viewing Deck, platform utk tengok view cantik Penang. Di sini akan ada Observation Area and Little Village Hill. So boleh guna teropong dekay Observation Area kalau nak tengok secara zoom pemandangan and boleh tangkap gambar dekat Little Village Hill yg ada heart shape LED light and dihias mcm taman2 bunga.

Selain tu banyak lagi attraction yg ada dekat Penang Hill ni. Antaranya:↷
  • Camera & Owl Museum - A great place utk discover dunia burung hantu. Ada 17 species in Malaysia and 200 species worldwide. And ada jugak exhibition pelbagai jenis camera dari dulu sampai lah yg sekarang. There is a set of Polaroid camera yg telah di donated oleh Perdana Menteri Pertama kita, Tunku Abdul Rahman. kalau nak masuk RM15 per entry.
  • Cliff Cafe - Ada various kind of food boleh try dekat sini sambil menikmati pemandangan yg indah.
  • Dataran Love Locks - Ala ala Namsan Tower yg popular dekat Korea, so korang takyah nak pergi jauh2, dekat sini pun dah ada. Just bawak padlock if korang nak lock your name up there.
  • Dataran Penang Hill - Untuk bersantai-santai, chill2 tengok karenah org ramai.
  • The Habitat - Korang patut singgah sini! Rugi kalau tak singgah. The Habitat ni tempat di mana korang akan tenggelam dlm keindahan flora hutan hujan tropika. Ada 3 laluan semulajadi; Nature Trail, Langur Way Canopy Walk & Curtis Crest Tree Top Walk. Sepanjang 1.6 km berjalan, korang akan menghayati keindahan alam taman2 yg berbeza tema seperti Fern Garden, Butterfly Bank, Yellow Garden, Purple Garden, Fragrant Garden, Ginder and Palm Glove. Dari Tree Top Walk ni boleh menikmati sunset and bintang2 time waktu malam, cantik! Pemandangan dekat sini boleh nampak sampai ke Langkawi tau. Kalau nak tahu Canopy Walk ni merupakan satu-satunya jambatan "two ribbon" di dunia, iaitu kawasan rehat berbentuk helipad dan buaian gergasi. The Habitat bukak setiap hari kecuali hari rabu dari pukul 9.30 am - 6 pm.
Train start bukak dari 6.30 am until 11 pm. Around 7-10 mins je dah sampai atas. Kalau pergi time 6 am - 9 am and 7 pm - 10.30 pm, boleh dapat discount tau. RM3 je pergi balik. Tapi discount ni tak valid time school holiday or public holiday.

Harga ticket train pemegang MYKAD (return):

Normal Rate:
  • Adult: RM10
  • Student: RM5. Jangan lupa bawak matric card okay
  • Kids (4-6 tahun): RM3
  • Senior Citizen (60 tahun ke atas): RM5
  • OKU: Percuma
Fastlane Rate:
  • Adult: RM30
  • Student: RM15
  • Kids (4-6 tahun): RM3
  • Senior Citizen (60 tahun ke atas): RM5
  • OKU: Percuma
If nak naik The Habitat, kena bayar jugak tau. And harga dia a bit pricey but overall so worth it.
  • Adult: RM50
  • Kids: RM30
  • Family (2 adult + 2 kids): RM130
Additional notes: Parking kereta RM5





4. 3D TRICK ART MUSEUM

Museum ni penuh dengan hasil seni 3D yg boleh bagi effect wow realnyaa dlm gambar padahal it just a lukisan. Lukisan2 di sini boleh mengelirukan pandangan mata yg memandang gambarnya. Siapa yg kaki gambar boleh lah singgah sini.

Time Operation:
  • Isnin - Jumaat (9.00 am - 6.00 pm)
  • Sabtu & Ahad (9.00 am - 8.00 pm)
Harga Ticket:
  • Adult: RM15
  • Kids: RM10



5. AUTOCITY

Autocity adalah tempat shopping yg time malam je dia bukak. Mcm uptown jugak lah kiranya. Dikenali as Autocity Shop In d'Park, mempunyai lebih drpd 120 kedai yg menawarkan mcm2 jenis barang menarik seperti accessories, phone accessories, kasut, bag, baju, beauty products, perfume, etc. Selain tu ada jugak butik2 fashion and Kim Tan Garden Cafe which is known as an antique Chinese food court yg jual mcm2 jenis makanan local and also international delights. Dekat main entrance korang akan nampak Love Bridge, tu adalah tanda iconic buat Autocity Shop In d'Park. Selain tu ada jugak game mcm Mindsport and Captain VR utk korang lepaskan stress dgn family or kawan2.

Time Operation:
  • Open daily (7.00 pm - 12.00 am)

6. ESCAPE PARK, TELUK BAHANG


Siapa yg suka extreme jangan lupa singgah Escape Park. Ada lebih 33 pilihan outdoor activities yg boleh dilakukan dekat sini. At first Escape Park only focus on sky-trekking experience yg mana kita boleh fly, swing, glide and dangle on various obstacles yg tergantung atas pokok. But now, Escape Park dah expand and add new excitement which is ada water fun! Ada slides, pool, tunnels and more. Bukan fun utk org dewasa je, but also fun utk kanak kanak. Antara activity yg boleh di buat disini adalah abseiling, sling shot, kite flyer, tubby race, jungle swinger, wall climbing, bungee jumping, flying fox, a-maze, zip-line and byk lagi.

Time Operation:
  • Selasa - Ahad (9.00 am - 6.00 pm)
  • Closed on Monday
Harga Tiket (Walk-in):
  • Adult: RM147
  • Student: RM
  • Kids (4-12 tahun): RM97
  • Senior Citizen (60 tahun ke atas): RM97
  • baby (0-3 tahun): Percuma
Ni harga walk-in, kalau buat online booking akan dapat discount, lagi awal booking lagi cheaper the price would be.

Family & Friends.jpg

Additional notes: Masuk parking free






7. MONKEY BEACH

Monkey Beach ni agak terpencil sikit pantai dia. Selalunya org datang sini utk jungle trekking, santai2, camping and lari drpd kesibukan kota. Jgn risau track di Monkey Beach boleh consider mudah jugak sbb dah ada track utk memudahkan perjalanan. Starting point dari Taman Negara Penang and masuk adalah percuma. Nak ke sini ada jugak disediakan boat, so kalau yg rasa tak larat nak redah hutan tu boleh lah naik boat. Di tgh2 pulau ada yg jual makanan, boleh lah lepak2 situ chill2 kan diri after dah penat jungle trekking.



8. PADANG KOTA LAMA

Padang Kota merupakan padang yg dibina oleh kerajaan British. Terletak dlm kawasan The Esplanade dan berhampiran dgn Fort Cornwallis. Tempat ni dijadikan tempat bersantai utk org ramai sambil melayan angin bayu laut. Ada playground dekat sini utk kanak2 bermain, selain tu boleh jugak main bubble gun, balloon, roller blade, etc. ada ramai penjaja yg jual makan di sekitar sini. Bukan siang je, dekat sini malam pun meriah. Ramai anak muda mudi yg suka lepak duduk atas batu konkrit tepi laut utk ambil angin malam, and ada jugak yg busking. Di sini kadang2 ada buat pesta makanan, festival, etc and area situ pun byk kedai makanan yg ada.






9. STRAITS QUAY

Straits Quay adalah sebuah shopping mall yg terletak di Seri Tanjung Pinang, Tanjong Tokong dan di panggil as Straits Quay Marina Mall. Straits Quay ni sama je mcm mall2 yg lain, tapi yg buat bezanya mall ni adalah waterfront mall dan environment dekat sini sangat seronok dan menenangkan sbb berhadapan dgn mall ada pangkalan khas tempat marina or kapal layar. So sambil2 shopping boleh lah tengok kapal berlayar.





7. FERI PULAU PINANG

Selain cross jambatan Pulau Pinang or jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Penang second bridge) yg terpanjang di Malaysia ni, boleh jugak experiance naik jeti atleast sekali kalau datang Penang. Ruginya kalau datang Penang tak pernah naik jeti.

Time Operation:
  • Setiap hari dari 6.00 am (berlepas dari Butterworth) - 11.00 pm (berlepas dari Georgetown)
Harga:
  • Pejalan Kaki (Adult): RM1.20
  • Pejalan Kaki (Kids 5 - 12 tahun): RM0.60
  • Basikal: RM1.40
  • Motosikal: RM2.00
  • Kereta: RM7.70 (Bayar time masuk dari Seberang Prai)

MORE, MORE AND MOREEEE.....

List kat atas semua tempat2 yg yana dah pernah pergi. Actually byk lagi tempat best dekat Penang yg yana tak pernah singgah. It's either baru bukak, tak sempat or time tu takde lagi tempat tu. So di sini yana nak list downkan jugak tempat best yg patut korang visit if datang Penang.

PENANG AVATAR SECRET GARDEN


Avatar? Sebut pasal avatar mesti terbayang makhluk gergasi warna biru yg seakan-akan manusia hidup di dalam hutan yg sangat cantik tu kan. Yess, Avatar Secret Garden ni telah diinspirasikan dari filem tersebut. Hutan yg diterangi dgn cahaya yg penuh warna warni yg sangat memukau pandangan. Antara tarikan dekat sini adalah Taman Tulip, papan chess cina, pokok warna warni or more known as Magical Giant Trees dan menara bercahaya.

Size dlm ni takdelah besar mana, dlm 10-15 mins je dah boleh siap tawaf semua. Tapi disebabkan pemandangan dlm ni yg sangat memukau, sejam pun belum tentu cukup. Tempat ni bukak dari pagi sampai malam, tapi jgn pergi pagi kalau taknak kecewa. It much more worth it if pergi malam tau.

Time operation: Setiap hari dari 8.00 am - 12.00 am

THE TOP (MENARA KOMTAR)


The Top merupakan taman tema indoor yg terbesar di Penang. Secara keseluruhannya, terdapat byk tarikan yg boleh korang lawati di The Top seperti Jurassic Research Center, Rainbow Skywalk, The Gravityz, 7D Discovery Motion Theater, Tech Dome Penang, UFO-X, Magic Mirror Maze, Zombie Outbreak, Dance Oki, Augmented Reality, Ocean Explorer, The Top Boutique Aquarium, Dragon Regatta, Spacetime Squadron, Formula One, Top Capsule dan byk lagi.

Dibina pada tahun 1974, menjadi ikon Penang yg merupakan shopping mall tertinggi di negeri ini yg puncaknya dapat memberikan pengalaman melihat pemandangan indah dari tingkat 59. Tapi sayangnya, makin hari disebabkan dah terlalu lama dan semenjak Queensbay mall mula dibuka, pengunjung di Menara Komtar mula berkurangan. Dibuka  semula sejak 2016 dgn 18 dan pelbagai tarikan baru atas usaha dan inisiatif utk mengembalikan era kegemilangan Menara Komtar yg dulunya dah takde apa2 dan sunyi sepi dari sebarang pengunjung.

Harga The Top Fun Pass (MyKad Holder - Multiple Entries)
  • Adult - RM78
  • Kids (5 - 12 tahun) - RM48
  • Senior Citizen (60 tahun ke atas) - RM48
  • OKU - RM48

*All in The Top Fun Pass kecuali Augmented Reality Virtual, The Gravityz, Formula One and Top Capsule)

JURASSIC RESEARCH CENTRE / DINOSOUR KOMTAR PENANG


Travel balik ke masa yg dimana dinosaur berleluasa di Bumi. Jurassic Research Centre ni adalah pameran interaktif replika dan artifak dinosour yg sangat realistc. Terdapat lebih drpd 200 jenis dinosaur yg "dihidupkan" kembali! (with the help of the latest animatronics technology) beserta information yg pasti sangat mengujakan pengunjung. Sangat sesuai utk kanak2 dan org dewasa yg ingin mengenali dan experience sendiri the life size dinosaur in their habitat.

RAINBOW SKYWALK


Teringin nak enjoy pemandangan tapi dekat tempat yg thrill sikit? Siapa yg berani dekat sini korang boleh menikmati pemandangan indah skyline di Georgetown dari ketinggian 249 meter. Apa yg membuatkannya lagi best, di tingkat 68 ni korang akan berjalan atas glass kaca transparent yg boleh menampakkan pemandangan dari bawah dan lebih luas. Rasa mcm terapung je sbb boleh nampak semua. Tapi siapa yg tak berapa nak berani sangat tu, dont worry. Dekat tingkat 65 ada Observation Deck di mana korang boleh tengok view dgn lebih selesa sbb dlm building and ada aircond, walaupun lantainya jugak berkaca tapi takde lah scary sangat.

Dibuka dari pagi sampai malam. Time siang ofcourse cantik pemandangan di Penang, tapi cantik jugak kalau tengok time malam tau. Boleh enjoy suasana sekeliling dgn hiasan lampu warna warni dari building yg lain pada waktu malam, rasa seolah2 berada di kayangan lah.

Time Operation:
  • Ahad - Khamis (11.00 am - 10.00 pm)
  • Jumaat - Sabtu (11.00 - 11.00)
  • School Holiday / Public Holiday (10.00 am - 11.00 pm)
TECH DOME PENANG


Sebuah pusat interactive science ala ala Petrosains. Dekat sini ada pelbagai jenis activity yg berkonsepkan sains, sambil2 tu korang akan dapat lebih mendalami pasal information technology, life tech, robotics, elctro-magnetism, forces and motion, Penang transformation story and astronomy observatory. It will directly give more experience mengenai keajaiban sains dan teknologi, dan memberi inspirasi kepada generasi yg akan datang utk menjadi future technologists.

THE GRAVITYZ


Tiba tiba rasa nak buat extreme activity? The Gravityz Penang ni terletak betul2 atas puncak Menara Komtar Georgetown tingkat 65. Menara Komtar ni mempunyai ketinggian 249 meter dan ia nya adalah lebih 2 kali ganda tinggi daripada Menara Taming Sari Melaka. Dekat sini korang boleh buat beberapa activity yg mengayatkan seperti Confident Path, High Bench, A Geart Bridge, Z-Wire, G-Rocky, X-Point.

Time Operation:
  • Ahad - Khamis (11.00 am - 10.00 pm)
  • Jumaat - Sabtu (11.00 am - 11.00 pm)
  • School Holiday / Public Holiday (10.00 am - 10.00 pm)
TAMAN RIMBA TELUK BAHANG


Pernah pergi Emerald Pool Krabi? Cantik kann tempat tu macam private island. Tapi kalau nak pergi jauh sangat, so jangan risau dekat Penang ni je pun ada Emerald Pool tau kalau korang nak tahu. Eventho air dia tak lah sehijau and sejernih mcm Emerald Pool Krabi tu, but its okay atleast memadai utk picnic dgn family fefeeling dekat pool yg cantik ni.

Masuk percuma, rugi kalau tak datang. Taman Rimba ni dekat je dgn Escape Park. So kalau pergi Escape Park lepas dah buat activity lasak tu boleh lah singgah berendam pulak.

FORT CORNWALLIS


Still ingat lagi subject sejarah time sekolah? Haa Fort Cornwallis ni lah merupakan tempat pertama Sir Francis Light menjejak kaki ke Malaysia dan tugu ini dibina olehnya pada tahun 1876. Di sini lah tempat pendaratan tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris ketika menawan Penang suatu masa dahulu.

Byk dari infrastucktur asalnya yg still kukuh lagi and korang boleh lihat bangunan bersejarah yg pada zaman tu memainkan peranan penting sebagai tempat menyimpan senjata dan kelengkapan perang. Tempat ni bersebelahan je dgn Padang Kota Lama.

Time Operation:
  • Open daily (9.00 am - 10.30 pm)
Harga Ticket:
  • Adult: RM10
  • Kids: RM5
ENTOPIA BY PENANG BUTTERFLY FARM


Taman Rama Rama or lebih dikenali sebagai Entopia sekarang. Terhasilnya nama Entopia  ni adalah hasil dari dua gabungan perkataan iaitu Entomologi dan Utopia. Ada dua kehidupan disini iaitu The Natureland and The Cocoon. Di Natureland terdapat lebih 15000 ekor rama rama yg terbang bebas. Dekat sini cantik seolah olah berada di taman fantasi dgn landskap yg cantik yg diturut serta dgn air terjun, kolam, gua dan pelbagai tumbuh tumbuhan semulajadi. The Cocoon pulak memberi peluang kepada visitor utk terlibat dlm pelbagai activity yg disediakan.

Time Operation:
  • Open daily (9.00 am - 5.30 pm)
Harga Ticket:
  • Adult: RM49
  • Kids: RM29
JUMPSTREET TRAMPOLINE PARK


Lets jump jump jump! Jumpstreet Trampoline Park ni merupakan The Largest Trampoline Park in Asia dan juga merupakan satu satunya indoor trampoline park di Malaysia. Ia merupakan bouncing playground yg sangat sesuai utk org dewasa mahupun kanak2. Sambil2 enjoy jumping boleh workout, lose weight and be healthy. Senang cerita sangat sesuai utk fitness. Terletak di dlm D'Piazza Mall, ada 6 bahagian yg boleh dicuba.
  • Main Court - Before start Jump Referees yg perpengalaman akan ajar beberapa step antaranya adalah Straddle Jump, Tuck Jump, Pike Jump, Knee Jump and Seat Drop
  • Foam Pit Relay @ Foam Pit - Disini tempat utk praktikkan apa yg telah diajar di Main Court.
  • Tower Jump - Disini cabaranya adalah jatuhkan badan dari tempat tinggi. So sesuai utk kurangkan rasa takut atau gayat.
  • Slam Duck Lane @ NBA Sharp Shooter - Terdapat 3 ketinggian yg berbeza utk slam the ball.
  • 2 Dodgeball Court @ Trampoline Dodgeball - Game dodgeball yg mana sambil lompat sambil baling. Memang menyeronokkan.
  • High Perfomance - Part yg paling mencabar utk melawan gravity sbb bahagian ni trampoline akan membuatkan korang utk melompat dgn lebih tinggi dan lebih gayat.
Time Operation:
  • Ahad - Khamis (10.00 am - 9.00 pm)
  • Jumaat - Sabtu (10.00 am - 10.00 pm)
Harga Ticket:
  • Isnin - Rabu : RM22
  • Khamis - Ahad : RM27
  • New Socks : RM5
PANTAI KERACHUT


Pantai Kerachut boleh dikatakan sebagai pulau yg paling cantik di Penang. Persisir pantainya yg putih dan lautnya pun jauh lebih jernih kalau nak dibandingkan dgn Pantai Batu Ferrighi. Nak ke sini korang boleh hiking or naik boat. Hiking start dari pintu masuk Taman Negara Penang ke Pantai Kerachut dlm masa sejam setengah. Tapi sayang tak disyorkan mandi dekat pantai ni sbb ada obor-obor berbisa. Kalau santai2 picnic boleh lah tak pun boleh tengok penyu2 dekat Pusat Konservasi Penyu yg ada dekat pantai ni.

CHEW JETTY


Sebuah perkampungan cina yg sangat unik sbb boleh menikmati pemandangan laut dan suasananya sangat tenang. Secara tak langsung boleh tahu cara hidup penduduk nelayan di sini. Ada jugak kedai makanan dan kedai jual souvenirs sepanjang laluan jetty ni. Lagi cantik kalau pergi sini time petang utk tengok matahari terbenam.

OKAYY DONE! Tamat sudah senarai tempat yg wajib korang pergi di Penang. Kalau nak cerita pasal Penang sampai esok pun tak habis, Penang ni byk je lagi tempat best yg boleh pergi. Tapi ni yana listkan dulu apa yg yana rasa paling best. Yana nak sambung pasal food hunting and hotel pulak, but continue dekat next entry okayy. Pluss for your information dekat Penang ni ada terlalu byk museum yg boleh dilawati. I make a special entry about museum in Penang so don't forget to visit here ↷
https://dyanaradzie.blogspot.com/2019/09/list-list-museum-di-penang_22.html







Comments

Popular Posts